Wednesday, August 26, 2009

SaHaBat...


Kasih Seorang teman

Tatkala permata jernih jatuh berlinangan….

Dari wajah seorang teman….

Lantas aku memeluknya dengan erat…

Hatiku berbisik….Ya Allah….

Tabahkanlah hati shabatku ini….

Berikanlah kekuatan kepada dirinya….

Hatinya pilu bak dihempas ombak gelisah…

Ditoreh oleh pisau yang cukup tajam…

Aku….

Insan yang bergelar sahabat…..

Pasti tidak akan menangis sepertinya….

Pasti tidak selemahnya…

Kerana itulah aku…

Teman yang akan memberi kata-kata semangat

Mewarnai semula hidupnya…

Bukan lalang yang hanya menari mengikut rentak angin

Tatkala angin bertiup ke selatan di situlah arahnya..

Tidak pernah kekal….

Akar yang sentiasa menjadi tunjang utama kehidupan….

Itulah kasihku terhadap teman dalam sebuah persahabatan

Yang tidak akan PERNAH terukir kata PENAMAT….

(yOurS tRuLy...J)

No comments:

Post a Comment